Harimau Selatan yang kini dikendalikan Hector Bidoglio juga akan berdepan juara Thailand, Buriram United FC, Pohang Steelers FC (Korea Selatan) dan Shanghai Shenhua FC (China) di Iskandar Puteri.

Baki saingan Harimau Selatan akan bertandang ke laman lawan berdepan Shanghai Port FC (China), Central Coast Mariners FC (Australia), Shandong Taishan FC (China) dan Gwangju FC (Korea Selatan).

Format baharu saingan teratas kejuaraan kelab Asia menyaksikan 12 kelab diletakkan dalam satu kumpulan dengan setiap kelab juga akan diundi bertemu lapan kelab berbeza.

Setiap kelab juga akan mengharungi empat perlawanan di laman sendiri dan empat aksi di laman lawan dengan lapan pasukan terbaik bagi liga Zon Timur dan lapan Zon Barat akan layak ke Pusingan 16 Terbaik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards ketika ditemui media selepas majlis undian itu berkata:”JDT teruja bersaing dalam ACLE yang kali pertama diperkenalkan menggunakan format berbeza tahun ini.

“Aksi berdepan Ulsan juga pertembungan menarik berbanding sebelum ini apabila ramai pemain skuad kebangsaan dalam skuad JDT mengenali Pan-gon.”

Arif Aiman pemain Tempatan yg menyerlah di arena antarabangsa.
Masa depan bintang muda bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi terus bersinar apabila dipilih sebagai pemain masa depan paling menyerlah dalam perlawanan ketiga Piala Asia 2023 di Qatar.

Arif Aiman, 21, yang mempamerkan aksi memukau ketika aksi terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan berjaya memikat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bersama tiga lagi pemain lain.Selain pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, tiga lagi tonggak terdiri pemain Korea Selatan yang beraksi bersama Paris Saint Germain (PSG), Lee Kang-in; pemain Iraq, Ali Jasim dan pemain Palestin, Zeid Qunbar diumumkan sebagai bintang masa depan benua ini.
tag
#instagram
#football
#malaysianfootball
#tiktok
#johor
#news
#tiktok
#facebook
#shorts
#short
#jdtfamily
#jdt
#malysia

Leave A Reply