Juara 10 kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membuat perhitungan dengan juara Liga K1 Korea 2023, Ulsan HD FC yang dibimbing bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite 2024/25.
Menerusi majlis undian dijalankan di ibu negara hari ini, perlawanan liga sebelah Asia Timur itu bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, sekali gus menyaksikan Pan Gon kembali ke Malaysia selepas meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki kebangsaan bulan lepas.
Penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon Woo mengakui kualiti serangan JDT amat berbahaya terutamanya dalam situasi serangan balas.
“Berdasarkan pengalaman menentang JDT tahun lalu, mereka amat berbahaya dari segi serangan balas dan mempunyai pemain yang berlari laju.” jelas Jo Hyeon Woo.
TAG
#astroarena
#tiktok
#football
#jdtfc
#instagram
#youtube
#facebook
#jdtfamily
#johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Leave A Reply