Nak beli mahal kita tanam sendiri

I created this video with the YouTube Video Editor (http://www.youtube.com/editor)

31 Comments

  1. Cara mudah tanam Tembikai (Step by step)

    1) Pilih benih dari buah yang matang atau beli benih dari kedai.
    2) Benih dari buah segar mesti berwarna coklat gelap atau hitam. Jangan guna benih yang berwarna putih.
    3) Keringkan biji benih dari buah yang segar selama seminggu ditempat yang panas dan kering tanpa terkena sinaran terus cahaya matahari. Benih dari peket boleh terus digunakan.
    4) Semai biji benih diatas tanah semaian dengan campuran pasir dengan kedalaman 1/2 inch. Benih lambat tumbuh jika semai terlalu dalam.
    5) Tutup tapak semaian dengan daun kelapa sehingga cahaya tidak mengenai medium tanaman. Basahkan medium sekali sekala selama seminggu.
    6) Buang daun kelapa apabila benih mula bercambah.
    7) Pindahkan benih ke lubang (seperti di dalam video) selepas mempunyai 4 helai daun. Guna tanah kompos.
    8) Pastikan akar anak benih tidak putus. Digalakan 2 anak pokok sahaja dalam satu lubang.
    9) Siram setiap hari, dua kali sehari dengan jumlah air yang banyak (sebaldi dalam dua minggu pertama)
    10) Mulakan pembajaan apabila pokok tembikai mula menjalar.
    11) Guna baja urea atau baja tinggi yang nilai Nitrogen. Untuk selamat guna baja organik (kurang power)
    12) Baja dalam jumlah satu sudu kecil baja urea sehingga dua sudu besar mengikut saiz pokok. Letak baja 3 inch dari perdu pokok tembikai.
    13) Baja pokok seminggu sekali selepas menyiram.
    14) Apabila pokok tembikai mula mengeluarkan buah, kerapkan mennyiram untuk buah cepat membesar.
    15) Waktu tebaik menanam terbikai adalah pada musim panas yang tiada hujan.
    16) Jangan mengalah jika gagal kali pertama. Cuba lagi.
    17) Komen di bawah jika ada soalan. Jangan malu2.
    18) Semoga berjaya 😊😊😊😊

  2. very nice ,mind blowing,great job done.i love this kind of contents.i really appreciate your @t guys deserve huge and awesome success. because this kind of work is the key of success,and you guys prove it.i have no more words to encourage. please go ahead don,t stop . thank you

  3. Perlu ke buah tembikai dibalut? Saya try buah tu membesar tanpa balutan…tapi pecah…dan ada byk lubang seperti serangga yg buat…mcmana nak atasi serangan serangga pada buah tembikai?

Leave A Reply